Adik Damia Irsalina Seronok ke Sekolah


Damia Irsalina kebanyakan kita tidak mengenali beliau. Si cilik nie bukanlah artis glamer atau finalis bintang kecil, tetapi seorang insan istimewa yang mempunyai semangat yang tinggi.

image.jpg.pagespeed.ce.wt3_PaGJSg

Adik Damia Irsalina bt. Dr. Daeng Malis 7 tahun berasal dari Kampung Lubuk Batu, Kuala Berang Terengganu merupakan si cilik istimewa yang dilahirkan kudung kedua tangan dan juga kedua kaki, hanya kaki kiri sahaja yang mempunyai tiga jari yang membantu adik Damia melakukan aktiviti harian terutama menulis dan melukis. Damia mula bersekolah pada tahun ini di darjah satu sekolah Kebangsaan Kuala Temelong (SKKT) disini. Minat untuk menimba ilmu dikesan oleh ibunya yang melihat adik Damia sungguh teruja membelek buku dan juga mencuba pakaian sekolah yang dibeli.

xpix_gal1.pagespeed.ic.KrQq3Wu4Rd bersama rakan2

Kata adik Damia

“Saya seronok masuk sekolah hari ini, saya mahu belajar bersungguh-sungguh”

main_nz_020_1709 damia

Temuramah yang dijalankan bersama ibu Kak Nik (Nama timangan adik Damia Irsalina oleh tabloid tempatan menceritakan saat menambut kelahiran adik Damia.

Mengimbas semula kenangan manis sewaktu melahirkan Kak Nik (nama timangan Nur Damia Irsalina) pada 30 Jun, 2007, Rosnaini berkata semuanya berjalan lancar sepanjang kehamilan. Cuma saya perasan, pergerakan bayi dalam kandungan ketika itu agak perlahan, tiada tendangan yang kuat seperti ketika saya mengandungkan dua lagi kakaknya sebelum itu, kata jururawat itu.

“Malah, dua malam sebelum kelahiran Kak Nik, saya bermimpi mendengar suara yang menyatakan saya akan melahirkan anak istimewa, namun bila saya tanya apa dan bagaimana, suara misteri itu hanya menyuruh saya melihat bayi itu sendiri selepas dilahirkan.

“Hampir waktu bersalin, doktor memaklumkan saya perlu dibedah kerana kedudukan bayi yang masih songsang, namun sebaik tiba di bilik pembedahan, saya terus berasa sakit dan mampu melahirkan Kak Nik secara normal dengan mudah”, katanya tersenyum apabila mengingati semula detik penuh bermakna dalam kehidupan seorang wanita.

“Doktor, bagaimanapun menunggu kehadiran seorang lagi doktor pakar sebelum menyerahkan Kak Nik kepada saya dan apabila disuruh bersabar dan bersyukur terpilih sebagai insan bertanggungjawab memelihara anak istimewa, saya mula berdebar-debar.

“Saya tergamam apabila melihat bayi saya ketika itu, namun entah bagaimana datangnya kekuatan, tiada setitik air mata yang berlinang, sebaliknya saya terus mendakap Kak Nik dan mencium wajah comelnya, sama seperti anak lain,” katanya yang hanya mula menangis kesedihan apabila memikirkan masa depan puteri ketiganya itu yang terpaksa hidup sebagai insan kurang upaya.

Ketika wanita lain yang menjalani proses berpantang ceria bersama bayi mereka, Rosnaini terus dirundung duka memikirkan masa depan bayinya itu yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran hidup sebagai insan istimewa.

Kehadiran si suami yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat sedikit sebanyak mampu merawat duka yang terpendam sehinggalah pada Disember 2007, ketika Kak Nik berusia empat bulan, pasangan ini menonton video mengenai Nick Vujicic yang memaparkan kemampuannya berdikari.

Menjadikan Nick Vujicic sebagai idola dan juga pemberi semangat

nick_vujicic07

Vujicic turut dilahirkan tanpa kaki dan tangan tetapi aktif menjalani kehidupan seperti biasa dan sehinggakan beliau memberi motivasi kepada mereka yang lain.

Video itu menunjukkan betapa gembiranya Vujicic mempamerkan kehebatannya berenang, meluncur ombak dan bermain segala bentuk jenis sukan dan menikmati hidup sama seperti insan normal lain.

“Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya saya ketika itu dan saya menangis keriangan kerana buat pertama kalinya saya melihat masih ada sinar untuk anak saya di dunia ini.”

Sejak itu, saya mula mengikuti perkembangan Vujicic, termasuk kisah peribadinya, kerjayanya dan kecemerlangannya yang menjadi sumber inspirasi kepada kami sekeluarga,” katanya tersenyum. Seiring tumbesaran Kak Nik, saya sentiasa mengingatkan kepadanya agar bersyukur kerana dipilih Allah untuk diuji sebegini.

Walaupun ada kalanya Rosnaini yang hampir berputus asa dan setiap kali melihat beliau menangis, Kak Nik pula yang memujuknya agar jangan bersedih dan berjanji akan menjadi insan terbaik dalam hidup ini.

Nick-Vujicic

Peluang bertemu dengan Nick Vujicic

collage-(2)

Apabila mengetahui Vujicic datang ke Kuala Lumpur pada Ogos lepas, pasangan ini terus ke ibu negara untuk bertemu sendiri dengan idola mereka selama ini.

Walau dalam kesamaran, tidak mahir selok-belok jalan raya di ibu kota, dengan berpandukan GPS mereka menghala ke tempat Vujicic menyampaikan ceramahnya.

“Malangnya kami tidak dibenarkan masuk ke gereja tempat Vujicic berceramah atas alasan kami orang Islam, namun kami terus menunggu kelibatnya di luar dan berhasrat mahu mengekorinya hingga ke hotel penginapan agar dapat memenuhi hajat kami yang mahu bertentang mata dengannya.

“Memang rezeki kami, sebaik Vujicic keluar, kami terus mengekori rapat van yang dinaikinya sehingga van itu berhenti di sebuah stesen minyak dan di situlah kami sekeluarga berlari ke arah van itu untuk menyatakan hasrat kami kepada Vujicic,” katanya yang gembira apabila selebriti itu meluangkan masa untuk meraikan mereka dengan makan malam di hotel.

collage-(1)

Vujicic banyak bercerita tentang pengorbanan ibunya kepada Rosnaini di mana segala cabaran yang dilalui adalah sama seperti pengalaman jururawat ini yang akhirnya berjaya menyuntik semangat luar biasa untuk beliau terus melakukan yang terbaik buat Kak Nik.

“Mata Kak Nik bersinar-sinar sepanjang pertemuan itu dan kelihatan beliau sangat teruja melihat sendiri idolanya berada di depan mata, umpama mimpi menjadi kenyataan.

“Vujicic juga sempat memberi kata-kata semangat untuk Kak Nik yang direkod dalam video dan beliau pesan agar kami menayangkan video itu kepada Kak Nik apabila beliau dewasa kelak,” katanya yang sangat gembira apabila Kak Nik mula menunjukkan perubahan ketara selepas pertemuan itu.

joshlee

Nick-Vujicic-in-Malaysia

Sesungguhnya kisah Adik Damia Irsalina Daeng Malis ini sungguh memberikan inspirasi yang juga mengingatkan saya betapa kecilnya dugaan yang kita sebagai khalifah dimuka bumi terima berbanding dengan beliau. Sesungguhnya tiada jalan yang lain untuk lari dari masalah selain dari menempuhnya. Jadikan ini sebagai pendorong dan pemberi semangat dalam diri setiap dari kita tidak kira di bangku sekolah mahupun yang dewasa untuk terus berusaha menuju kejayaan.

Saya Helmi Mokhtar mendoakan semoga adik Damia Irsalina atau Kak Nik tabah dan dipermudahkan segala urusan harian sekarang dan juga masa hadapan. Berminat untuk bertemu dangan si cilik yang berjiwa besar ini. Insyallah satu hari nanti pasti kita akan bertemu Kak Nik.

- Helmi Mokhtar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s